Wednesday, November 3, 2010

TAHNIAH...

rase baru semala aku buat liputan pasal Piala Malaysia sedar-sedar je dah tamat...tahniah buat kelantan...sepanjang beberapa minggu aku di kota bharu aku sangat teruja dengan kegairahan penyokong fanatik kelantan...kangum aku engan semangat juang penyokong kelantan...pengalaman manis boleh aku katakan.

bila ditgaskan ke kota bharu untuk game kelantan vs kedah aku dah xsabar dah nak merasai sendiri bagaimana rasanya menjadi salah seorg dari pada penyokong pahlawan merah nie...sunggu mengujakan aku xterkata...jam 5 petang stadium muhammad ke-4 dah penuh dengan penyokong berbaju merah....kalau di tempat aku, jam 5 petang masih lagi sunyi gi,yang ramai orang berniaga je...hehe

cerita nya..

lepas cover kedah training pagi tu aku terus ke hote...tengah layan wat story bos pun call bgtau b.sathianathan kene gantung..mula2 xcaya la tp bila aku tanya sathia sendiri baru nak tanya die dah jawab "betul"...so dengan pantasnya aku terus jumpe coach untuk tahu hal sebenar...sian coach, tp nak buat macam mana sudah menjadi lumrah bila kita maju sikit ade je cara orang cuba nak jatuhkan kita..

cerita itu,

lepas kelantan mara, aku sekali lagi ditugaskan untuk membuat laporan tentang persediaan kelantan ke final... banyak aku belajar 4 hari di kelantan bersama pasukan kelantan...apa yang menariknya semua pemain bersatu untuk last game musim ni....dari situ aku kenal sorang demai sorang pemain yang melakar nama di pentas tertinggi bola sepak malaysia FINAL PIALA MALAYISA...

kesudahan cerita,

final, 30/10/10...dari jam 8 pagi aku terpacak kat stadium bukit jalil...sebab ape, sebab nak wat story pasal tiket...fuhhh....time tu memang ramai penyokong baju merah...kuning pun ade tp boleh nak lawan merah la...hujan panas sanggup tunggu, Q nak dapatkan tiket...tahniah semua kalo la semua game kat malaysia ramai camni tentu bola kita lebih menari dan berbeza dari sekarang...detik jam 8 malam aku ditugas kan untuk wat live..gigil gak la..tp alhamdulilah la berjaya gak.hehe...
game malam tu memang menarik, jarang tengok kelantan main sepantas final piala malysia...dah macam EPL lah...apa pun tahnih buat wira pahlawan merah membawa pulang PIALA MALAYSIA buat pertama kalinya sejak 64 tahun selepas penubuhan persatuan bola sepak kelantan... tahniah dan syabas semua.

habis la..

Saturday, August 28, 2010

bertanya khabar....

lama dah aku tak menulis...tegerak pulak nak meluah dari apa yang belaku kebelakangan nie. sukan antara pekara yang paling menarik dalam hidup aku lebih-lebih lagi sukan yang bernama bolasepak. Selepas kancah liga super dan liga perdana berlalu piala malaysia pula makin menghampir. tak sabar la pulak. Tapi kemeriahan bola kita nie di selit dengan pemilihan FAM selaku badan iduk bolasepak negara. keputusan jawatan dah pun kita tau tapi bile sampai bab pemilihan tugas ada pula yang tak puas hati...tapi insan macam aku nie hanya mampu untuk melihat saja.....dunia...

Sunday, March 7, 2010

PARALIMPIK vs OLIMPIK

 
Atlet angkat berat negara P Mariappan (kanan) dan Mohd Yuspi Mat Dali selepas memenangi emas dan memecahkan rekod kejohanan dalam acara masing-masing di Sukan Para Asean ke-4 di Institut Teknologi Chanapolkhan Korat .

 
Seawal 8 pagi aku dikejutkan dengan hujan yang lebat, lantas ku bergegas siap ke Bukit Jalil. Tugasan ku hari ini menemu ramah jaguh sukan PARALIMPIK bagi Orang Kurang Upaya (OKU). Setiba di Majlis Sukan Negara (MSN) produksi kami terus ke pusat latihan penyumbang Pingat Emas dan Pemegang rekod dunia Angkat Berat (OKU). Aku cukup bangga melihat kegigihan P.MARIPPAN mengankat besi hampir 130 kg secara berbaring, mungkin ini pengalaman pertama ku melihat sukan "Powerlifting". 

Sesi temu bual bermula, bertubi-tubi soalan ku lontarkan kepada beliau. Setiap soalanku dijawab secara ringkas dan aku teruja dengan jawapan mengenai perjalanan beliau menjadi atlit PARALIMPIK pertama membawa REKOD DUNIA pulang ke tanah air. Penglibatan awal beliau sekitar tahun 1980an dan beliau telah mewakili negara dalam lima temasya Sukan Paralimpik iaitu di Seoul, Korea Selatan (1988); Barcelona, Sepanyol (1992); Atlanta, Amerika Syarikat (1996); Sydney, Australia (2000) dan Athens, Greece (2004). Mariappan mewakili negara di enam Sukan Paralimpik sejak 1987. Antara pencapaian adalah pingat gangsa di Sukan Paralimpik Seoul pada 1988, Paralimpik Barcelona 1992 (gangsa) dan juga mengatasi rekod Sukan Para Asean yang diciptanya dalam kategori bawah 67.5 kilogram lelaki pada temasya Sukan Paralimpik di Beijing 2008.

Apa yang aku rasa sangat sedih apabila kami ke rumah beliau bagi sesi bersama keluarga nya. Bagi aku dia pelopor bagi sukan powerlifting dengan pengalaman lebih dari 30 tahun.  Persoalannya, MENGAPA  seorang atlit yang masih lagi memegang rekod dunia bagi kejohanan dunia PARALIMPIK (bagi OKU) dibezakan dengan pemenang OLIMPIK?, KENAPA diskriminasi ini berlaku terhadap golongan tersebut? ADAKAH ia akan berterusan sehingga masa akan datang? itu persoalan yang bermain di kepala ku, lantas ku ajukan soalan ringkas kepada beliau. APA HARAPAN BELIAU??? jawapnya, semoga sukan ini memiliki pelapis muda dan beliau mengharapkan kebajikannya selepas besara terus dijaga melalui "pencen". Bagi aku sememanganya beliau berhak mendapat pencen kerana PENGORBANAN atlit paralimpik negara tiada sempadannya dan segala-galanya dilakukan demi mengharumkan nama negara di pelbagai temasya Sukan Paralimpik. Namun, akibat kerelaannya berkorban untuk negara dia sudah dua kali dibuang kerja dan kini hanya bergantung harapan kepada elaun latihan pusat sebanyak RM500 dan RM230 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Jumlah itu ternyata tidak mencukupi baginya menyara kehidupan harian isteri yang tidak bekerja dan tiga anak kesayangannya.  Dia amat berharap pada satu hari nanti akan ada pencen bagi atlit paralimpik kerana beliau percaya mereka juga berhak mendapatkannya seperti atlit negara yang lain.

Apa yang aku luahkan ini bukan meraih simpai bagi pihak beliau, tapi mengharapakan agar PELAPIS-PELAPIS bersama SKUAD ELIT NEGARA terus menyambung tradisi perjuangan mengharumkan nama negara. harapan ku pada P.MARIAPPAN agar berjaya mencapai sasaran 210 kg bagi kelayakan kejohanan dunia kelak..

Salam. 
--Nadi Sukan Malaysia--