Sunday, March 7, 2010

PARALIMPIK vs OLIMPIK

 
Atlet angkat berat negara P Mariappan (kanan) dan Mohd Yuspi Mat Dali selepas memenangi emas dan memecahkan rekod kejohanan dalam acara masing-masing di Sukan Para Asean ke-4 di Institut Teknologi Chanapolkhan Korat .

 
Seawal 8 pagi aku dikejutkan dengan hujan yang lebat, lantas ku bergegas siap ke Bukit Jalil. Tugasan ku hari ini menemu ramah jaguh sukan PARALIMPIK bagi Orang Kurang Upaya (OKU). Setiba di Majlis Sukan Negara (MSN) produksi kami terus ke pusat latihan penyumbang Pingat Emas dan Pemegang rekod dunia Angkat Berat (OKU). Aku cukup bangga melihat kegigihan P.MARIPPAN mengankat besi hampir 130 kg secara berbaring, mungkin ini pengalaman pertama ku melihat sukan "Powerlifting". 

Sesi temu bual bermula, bertubi-tubi soalan ku lontarkan kepada beliau. Setiap soalanku dijawab secara ringkas dan aku teruja dengan jawapan mengenai perjalanan beliau menjadi atlit PARALIMPIK pertama membawa REKOD DUNIA pulang ke tanah air. Penglibatan awal beliau sekitar tahun 1980an dan beliau telah mewakili negara dalam lima temasya Sukan Paralimpik iaitu di Seoul, Korea Selatan (1988); Barcelona, Sepanyol (1992); Atlanta, Amerika Syarikat (1996); Sydney, Australia (2000) dan Athens, Greece (2004). Mariappan mewakili negara di enam Sukan Paralimpik sejak 1987. Antara pencapaian adalah pingat gangsa di Sukan Paralimpik Seoul pada 1988, Paralimpik Barcelona 1992 (gangsa) dan juga mengatasi rekod Sukan Para Asean yang diciptanya dalam kategori bawah 67.5 kilogram lelaki pada temasya Sukan Paralimpik di Beijing 2008.

Apa yang aku rasa sangat sedih apabila kami ke rumah beliau bagi sesi bersama keluarga nya. Bagi aku dia pelopor bagi sukan powerlifting dengan pengalaman lebih dari 30 tahun.  Persoalannya, MENGAPA  seorang atlit yang masih lagi memegang rekod dunia bagi kejohanan dunia PARALIMPIK (bagi OKU) dibezakan dengan pemenang OLIMPIK?, KENAPA diskriminasi ini berlaku terhadap golongan tersebut? ADAKAH ia akan berterusan sehingga masa akan datang? itu persoalan yang bermain di kepala ku, lantas ku ajukan soalan ringkas kepada beliau. APA HARAPAN BELIAU??? jawapnya, semoga sukan ini memiliki pelapis muda dan beliau mengharapkan kebajikannya selepas besara terus dijaga melalui "pencen". Bagi aku sememanganya beliau berhak mendapat pencen kerana PENGORBANAN atlit paralimpik negara tiada sempadannya dan segala-galanya dilakukan demi mengharumkan nama negara di pelbagai temasya Sukan Paralimpik. Namun, akibat kerelaannya berkorban untuk negara dia sudah dua kali dibuang kerja dan kini hanya bergantung harapan kepada elaun latihan pusat sebanyak RM500 dan RM230 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Jumlah itu ternyata tidak mencukupi baginya menyara kehidupan harian isteri yang tidak bekerja dan tiga anak kesayangannya.  Dia amat berharap pada satu hari nanti akan ada pencen bagi atlit paralimpik kerana beliau percaya mereka juga berhak mendapatkannya seperti atlit negara yang lain.

Apa yang aku luahkan ini bukan meraih simpai bagi pihak beliau, tapi mengharapakan agar PELAPIS-PELAPIS bersama SKUAD ELIT NEGARA terus menyambung tradisi perjuangan mengharumkan nama negara. harapan ku pada P.MARIAPPAN agar berjaya mencapai sasaran 210 kg bagi kelayakan kejohanan dunia kelak..

Salam. 
--Nadi Sukan Malaysia--

1 comment: